Wednesday, July 27, 2016

Penulisan- BAB 2

BAB 2
Rejimen Mujahidin Elit, Kerajaan Liber

SENARAI nama yang tercetak di atas kertas diperhati satu persatu. Leftenan Kolonel Emir Muchtar kemudiannya mengangkat gagang telefon yang terletak di atas sebelah kanan meja dan menekapnya pada telinga. Jari telunjuk kirinya pula menekan punat-punat bernombor pada telefon.

“Assalamualaikum, Sarjan Rahman.”

Sepertinya panggilan telefon Emir sudah dijawab oleh orang yang dia hubungi.

“Sarjan, kumpulkan ahli-ahli Trup 2 Skuadron Al-Hadid segera. Saya mahu jumpa mereka pukul sembilan malam nanti. Urgent!”

Emir diam sebentar, memberi ruang kepada penjawab telefon untuk berkata-kata. Kemudian dia mengangguk kepala.

“Ya. Suruh mereka pergi terus ke bilik mesyuarat. Sediakan sekali segala maklumat berkaitan dengan Operasi Quadraginta. Faham, sarjan?” Riak muka Emir serius.

“Okay, bagus. Terima kasih, sarjan. Assalamualaikum.”

Emir terus meletak gagang telefon pada tempatnya. Dia membelek kembali senarai nama di atas meja. Dalam 34 nama yang tercetak di atas kertas itu, dua telah dihighlightkan dan ditanda ‘x’ pada hujungnya.

“Sayyid ibnu Umar dan Muhammad Ammar al-Qadahi.” Emir menyebut perlahan kedua-dua nama itu. Dia teringat bertemu dua pemuda yang bersemangat itu pada perjumpaan akhir sebelum operasi. Kini, kedua-dua mereka telah beroleh shahid dalam Operasi Quadraginta itu.

Bibir Emir kemudian menguntum senyuman.

‘Berbahagialah kalian dengan ganjaran shahid yang kalian peroleh itu. Sesungguhnya kalian akan memperoleh sesuatu perkara itu sepertimana yang kalian hajatkan.’ Dia teringat keratan hadis yang mengisahkan tentang niat dalam beramal yang pernah dia belajar dahulu.

Dua pemuda itu telah dapat mencapai cita-cita mulia mereka iaitu untuk beroleh shahid. Dia tumpang gembira dengan kejayaan mereka. Namun dia sedar tugasnya kini tinggal untuk dia hubungi keluarga Ammar dan Sayyid untuk mengkhabarkan berita shahid mereka.



KELIHATAN Hassan, Ahmet dan Halim sedang sibuk mengemas barang di lokar masing-masing. Ada yang lain sedang duduk di atas katil mengemas beg, dan ada pula yang duduk di atas kerusi di hadapan rak kasut sambil membersihkan spike boots mereka yang kotor dengan tanah. Semua diam melakukan kerja masing-masing. Semenjak pulang dari operasi semalam, tak banyak yang mereka bualkan. Mereka lebih suka diam apabila mengingatkan mereka telah kehilangan dua sahabat sepasukan mereka, Sayyid dan Ammar.

Selesai operasi semalam, mereka ditugaskan untuk kembali ke perkarangan kem di hadapan tasik itu untuk mengambil jasad Ammar yang ditinggalkan. Oleh kerana Sayyid dibawa pergi oleh tentera Impius, mereka yakin bahawa dia masih hidup. Jadi, mereka amat berharap agar mereka dapat berjumpa Sayyid dengan keadaan masih bernyawa nanti. Mereka akan merancang operasi khas untuk selamatkan Sayyid.

Namun, harapan mereka mati. Lewat petang tadi jasad tidak bernyawa Sayyid telah dihantar ke kem melalui pengantara. Sungguh mereka kecewa kerana tidak sempat menyelamatkan Sayyid. Tapi, dalam waktu yang sama mereka tahu memang cita-cita Sayyid adalah untuk beroleh shahid.

“Assalamualaikum.”

Tiba-tiba pintu dorm mereka diketuk dari luar. Hassan yang berada paling dekat dengan pintu membuka pintu. Kelihatan Sarjan Rahman yang berdiri di muka pintu.

“Hassan, bagitahu kepada ahli Trup 2 Al-Hadid yang Tuan Emir nak jumpa kamu semua pukul 9 malam nanti. Katanya urgent matter.” Rahman memberitahu tanpa berlengah lagi.

“Oh ya! Kau pergi terus ke bilik mesyuarat pukul 9 malam tu. Jangan lambat. Tuan tak suka pegawai dia lambat.” Tambah Sarjan Rahman.

“Baik. Insha’Allah. Pukul 9 malam. Bilik mesyuarat. Okay, noted!” Hassan mengulang details yang diberi oleh Rahman.

“Dan jangan lupa bagitahu yang lain-lain.” Rahman berpesan lagi.

“Insha-Allah, terima kasih, Rahman.”

Rahman pun berlalu pergi dari situ. Selepas menutup kembali pintu dorm, Hassan pun membuat pengumuman.

“Perhatian semua, Tuan Emir nak jumpa kita semua pukul 9 malam nanti di bilik mesyuarat. Urgent.”

Semua mata tertumpu pada Hassan.

“Kita sahaja atau semua ahli Trup 2?” Ahmet bertanya.

“Semua ahli Trup 2. Jadi, sesiapa yang ada contact number dengan ahli-ahli pasukan Yassin dan Lee tolong bagitahu mereka sekarang.”

Hassan memberi isyarat mata kepada Halim yang sedang memegang handphone.

“Okay. Aku dah hantar mesej kepada Yassin dan Lee.”

Halim masih lagi membelek handphonenya.

“Mereka sudah reply dengan ‘noted’ dan ‘roger’.” Beritahu Halim.

Dia memalingkan muka menghadap Hassan kembali.


Hassan menganggukkan kepala tanda puas hati. Tangannya pula lincah mengeluarkan uniform berwarna coklat gelap dari dalam lokernya untuk dipakai ke bilik mesyuarat sebentar lagi. Dan mereka yang lain-lain pun turut sibuk mempersiapkan uniform berwarna sama untuk bertemu Tuan Emir.

To be continued...

No comments:

Post a Comment