BAB 1
DALAM keheningan
malam di penghujung tanah rampasan Kerajaan Tentera Impius, berdekatan dengan
sempadan antara kerajaan itu dan Kerajaan Liber, kelihatan bayangan bukit-bukau
dan cahaya bintang-bintang terbias pada air tasik yang tenang. Angin sejuk yang
bertiup lembut mencengkam kulit, hingga ke tulang. Kelihatan cahaya lampu yang
samar-samar di hadapan tasik itu.
“Kita semakin dekat dengan Kem Tahanan Quadraginta, tuan.” Sayyid
memberitahu Muazzam sambil menuding jari telunjuk ke arah cahaya yang
samar-samar kelihatan itu.
Muazzam mengangguk. Dia sedang mengingat kembali strategi untuk
menyusup masuk secara senyap ke dalam kem tahanan itu nanti.
“Okay. Saya tahu kita semua sudahpun ada strategi untuk
menyelinap masuk ke dalam kem itu, tetapi saya nak kita semua berhati-hati.
Orang cakap, malang tak berbau. Jadi, watch your steps and surroundings
carefully before you take any action. And most importantly, be fast!”
Muazzam sebagai ketua trup mengingatkan ahli-ahli kumpulannya. Dia harap mereka
semua dapat keluar dari kem itu dengan selamat selepas melaksanakan misi.
“Ingat, you will only have five minutes to complete all your
tasks, termasuklah membebaskan 60 orang tahanan Kerajaan Liber di dalam
bangunan itu.” Muazzam terus berkata-kata. Yang lain pula hanya mengangguk
tanda faham.
Sekarang, apa yang mereka perlu buat tinggallah berdoa sebanyak
mungkin dan bertawakal agar urusan mereka dipermudahkan.
SETELAH berjaya masuk
ke dalam sebuah bangunan besar di dalam kem, kini pasukan Ammar sampai di
sebuah lorong yang menempatkan bilik-bilik tahanan. Kelihatan seorang pengawal
sedang duduk di situ membelakangi mereka sambil menghisap rokok. Di tangan dia
tidak ada senjata. Ammar perasan senjata dia yang disandarkan pada dinding
berdekatan.Sungguh dia tidak menjangkakan kedatangan mereka ketika ini.
Bunyi derapan boots menarik perhatian pengawal itu untuk
berpaling. Tetapi, dia terlambat untuk mencapai senjatanya. Hulu bayonet milik
Ahmet yang tadinya berada di belakang Ammar terlebih dahulu menikam dada
sebelah kiri pengawal itu. Dia terus terjatuh kaku dengan darah yang
membuak-buak keluar dari bekas tikaman di dadanya.
Pasukan Ammar terus bergerak ke hadapan membebaskan tawanan-tawanan
di dalam bilik kurungan setelah gugusan kunci di atas meja di situ diambil.
Tawanan-tawanan itu pula diiring keluar dengan selamat oleh pasukan-pasukan
yang mengambil posisi di belakang mereka.
Sekarang hanya tinggal pintu bilik kurungan yang terakhir belum
dibuka. Bilik itu lain dari yang lain kerana ia tertutup penuh tidak seperti
bilik-bilik lain yang berpintu tiang-tiang besi.
Setelah berjaya membuka pintu bilik kurungan itu, mata Ammar
membuntang.
“Team, back off now! There’s a bomb in here! Move! Move! Move!”
Ammar serta-merta mengarahkan pasukannya untuk berundur keluar.
Pasukan Ammar pun dengan cepat bergegas keluar setelah pasti tiada
tawanan yang masih ada di situ.
“Reporting! Ada bom di dalam sebuah bilik tahanan. Kita cuma
ada satu minit setengah untuk evacuate kawasan ni!” Ammar melaporkan
pada Markas Trup melalui alat pepijat yang tersangkut kemas di telinganya.
Ammar dan ahli pasukannya yang lain dengan cermat dan cepat pantas
melangkah menuju jalan keluar. Ketika mereka sedang melewati kawasan stor,
mereka tidak perasan ada sekumpulan tentera berbaju hijau pekat sedang
memerhati mereka di sebalik kotak-kotak besar di situ.
Salah seorang dari mereka kemudian melepaskan dua das tembakan ke
arah kumpulan Ammar.
“Argh!” Ammar yang berada paling belakang dalam kumpulannya jatuh
tersungkur. Kaki dan bahu kirinya terkena tembakan itu.
Sayyid yang terdengar bunyi jeritan Sayyid itu berpaling ke
belakang. Dia Nampak Ammar yang kini tertiarap di atas lantai. Bahu dan kakinya
berdarah. Ammar berpaling ke hadapan kembali untuk memberitahu ahli pasukannya
yang lain. Tetapi, mereka bergerak laju dan sudah jauh ke hadapan. Mungkin
mereka tidak perasan bunyi jeritan Sayyid tadi. Ammar pun membuat keputusan
berpatah balik untuk membantu Sayyid.
Setelah beberapa tapak dia berlari ke arah Ammar, seorang lelaki
bebaju hijau pekat keluar dari balik kotak dan menembak terus ke kepala Ammar. Lariannya
terhenti. Dia cuba untuk keluarkan pistol yang tersisip di pinggangnya. Tetapi,
dia tidak berjaya.
Sayyid terasa kepalanya dihentak kuat oleh objek keras. Pistol di
tangannya juga terpelanting jauh. Cecair panas terasa mengalir ke tengkuknya.
Kemudian, dunia Sayyid menjadi gelap. Dia jatuh terjelepuk.
DUA MINIT telah berlalu.
Masih tiada apa-apa yang berlaku. Tiada sebarang pergerakan dilaporkan dari
pemerhatian sejak tadi. Keadaan sunyi sepi. Dahi Muazzam berkerut.
“Hassan, panggilkan Ammar. Saya mahu jumpa dia sekarang.” Arah
Muazzam.
“Tuan, sebenarnya Ammar tidak berada dengan kami sejak keluar dari
kawasan kem tadi. Sayyid pon sama.”
“Betul?” Muazzam mula rasa tidak sedap hati. Dia pandang lagi ke
arah kem itu. Masih lagi sunyi. Yang kedengaran hanyalah bunyi-bunyi cengkerik.
Tiba-tiba radio semboyan di dalam khemahnya berbunyi. Seorang
pegawai dari Trup 1 melaporkan yang mereka nampak pergerakan dari dalam
perkarangan kem.
Muazzam dengan cepat mencapai binocularnya di atas meja dan
memerhati ke arah tempat yang disebut. Dia nampak lebih kurang sepuluh orang
lelaki berbaju uniform hijau dan lengkap bersenjata keluar dari bangunan tempat
mereka masuk tadi. Ada di antara mereka yang sedang sedang sambil mengheret dua
lelaki berbaju combat hitam yang berada dalam keadaan tidak sedarkan
diri. Itu adalah Ammar dan Sayyid!
Seketika kemudian, sebuah helicopter dating berlegar dan mendarat
di perkarangan kem itu. Lelaki tadi masuk ke dalam perut helikopter bersama
Sayyid. Jasad Ammar terkulai ditinggalkan di situ.
“Tuan, adakah kita perlu buat sesuatu?” Radio semboyan berbunyi
lagi.
Dahi Muazzam berkerut.
“Rasanya tidak. Kita tidak mempunyai senjata yang sesuai untuk
musnahkan sebuah helikopter sekarang. Dan jarak kita terlalu jauh.” Muazzam
berkira-kira. Dia tidak mahu usaha mereka menjadi sia-sia. Mereka perlukan
strategi yang baik sebelum memulakan apa-apa operasi serangan.
“Baik, tuan.” Suara di radio semboyan menjawab.
Muazzam berjalan ke kerusi tempat duduknya. Dia memicit dahinya
yang tidak sakit. Otaknya ligat berfikir. Ternyata bom itu hanyalah satu
perangkap untuk mereka. Tetapi, bagaimana pula pihak musuh boleh tahu tentang
operasi mereka pada malam ini? Dahi Muzzam berkerut lagi.
Ini adalah rahsia sulit kerajaan dan hanya beberapa orang saja yang tahu.
Sekarang dia risau kalau tentera al-Hadid kini berdepan dengan musuh dalam
selimut.
“Di mana base kumpulan kau?!” Bentak seorang lelaki beruniform hijau pekat. Di kedua belah
bahunya tersemat kemas apulet berbintang satu. Matanya tajam memandang pemuda
yang duduk terikat di atas kerusi di hadapannya. Tampak jelas kedua anak
matanya tidak bercahaya, mencerminkan hatinya yang keras, dingin dan zulmat.
“Aku tak tahu di mana mereka.” Pemuda di atas kerusi itu menjawab.
Wajahnya beraut tenang. Bekas darah mengalir kelihatan di muka dan celahan
giginya. Sebelah matanya juga membengkak biru kerana lebam.
“Kau bohong, Sayyid.” Alfred yang tadinya kelihatan membelek fail
kuning di tangannya terus melemparkan fail tersebut muka Sayyid. Terasa sakit
dilempar fail, mukanya berkerut. Dia ketap gigi menahan sakit. Sakit fizikal
dan sakit hati.
“Aku tahu kau tahu di mana lokasi rahsia kumpulan kau. Dan aku nak
kau bagitahu aku. Sekarang!” Wajah Alfred masih tidak berperasaan. Matanya yang
heterochromia kelabu-biru itu masih juga dingin dan beku. Dia merentap
rambut Sayyid ke atas untuk dia melihat mukanya yang lebam-lebam itu. Dia
berasa geram kerana Sayyid masih lagi tegar menyimpan rahsia walau sudah
dibelasah hampir seharian oleh orang-orangnya.
“Baik, sekarang aku ada tawaran special untuk kau. Kau
bagitahu aku lokasi kumpulan kau, dan aku akan lepaskan kau. Kau akan bebas
dari tahanan dan seksaan tentera aku.
”
Kemudian, Alfred menolak kepala Sayyid ke bawah kembali.
“Atau kau boleh memilih untuk terus berada di bawah naungan aku.
Kau tak perlu balik ke dalam kumpulan kau. Kami akan hadiahkan kau dengan
memewahan. Tidak ada lagi istilah miskin untuk kau dan keluarga kau.”
Alfred melangkah dua tapak ke belakang. Dia mengambil sesuatu di
dalam poket tepi sebelah kanan seluar hijau pekatnya. Sebatang rokok
dikeluarkan dari kotaknya dan disisipkan ke dalam mulut. Sebelah lagi tangannya
pula sibuk menggagau sesuatu di dalam poket tepi sebelah kiri. Sebuah lighter
berbentuk segi empat dikeluarkan. Kelihatan bentuk ukiran dua ekor naga
keemasan bermata merah saga berekor empat di badan lighter itu. Api
dinyalakan dan dicucuh pada rokok.
“Tawaran kau kedengaran manis.” Sayyid bersuara. Mulutnya terasa
pedih apabila bergerak kerana luka, lebam dan bengkak. Tapi, air mukanya masih
lagi tenang.
Mana ada manusia normal yang akan menolak tawaran kesenangan dan
kemewahan? Dia fikir kali ini mungkin rancangan dia akan berjaya. Kumpulan elit
tentera mujahidin Islam itu bakal dia lenyapkan dari muka bumi ini esok! Bibir
kering Alfred membentuk sedikit senyuman menang dan sinis.
“Malangnya tawaran kau tidak manis untuk aku.” Muka Sayyid serius.
Dia menggagahkan diri untuk mendongak dan mencari muka Alfred.
“Aku bukan seorang pembelot negara. Dan aku juga bukan seorang
pembelot agama. Kau tersalah orang, Alfred.” Sayyid tersenyum. Mencemuh Alfred
yang cuba melayurkan dia dengan ‘kebebasan’ untuk ditukar ganti dengan rahsia
sulit tentera mujahidin.
Wajah Alfred tetap dingin. Dia mengubah pandangan menghadap ke
dinding kelabu.
“Kau yakin dengan keputusan kau?” Alfred bertanya sambil kepala
dipusingkan ke belakang. Matanya tajam menangkap mata Sayyid.
“Aku sangat yakin. Dan aku takkan berpaling dari keputusan aku.”
Sayyid diam sebentar untuk menarik nafas. “Walaupun aku terpaksa mati demi
Tuhan dan kedaulatan agama aku.” Sayyid berkata sambil membalas pandangan mata
Alfred. Pandangannya tajam mencengkam menyuntik sedikit kegusaran pada hati
Alfred.
“Hahaha! Ternyata rumours yang mengatakan tentera mujahidin
Muslim sangat degil dan keras kepala itu betul!” Alfred ketawa.
“Aku kagum dengan kedegilan kau. Tapi malangnya, kedegilan kau tak
membantu aku dan tak juga membantu diri kau sendiri. Aku mahukan jawapan. Aku
mahu tahu di mana lokasi kumpulan kau!” Dia bertegas kerana dia sedar jika
rancangannya ini tidak berjaya, dia bakal dibelasah lagi oleh Jeneral Bertram.
Dia serik sebenarnya bila memikirkan nasibnya jika dia gagal dalam misi kali
ini.
Alfred berjalan merapati Sayyid. Tangan kirinya yang berjari empat
menunjal dahi pemuda itu. Dia menundukkan muka merapati muka Sayyid.
“Tak takutkan kau untuk mati, kawan?” Dia berbisik di telinga
Sayyid dengan tujuan cemuhan dan sindiran. Tangannya pula sibuk melayang-layangkan
sebilah mata pisau di pipi Sayyid.
Sayyid berusaha untuk menangkis perasaan takut dan gentar.
Kemudian, dia tersenyum. Dia tidak perlu gentar dan takut. Dia tahu mati
mempertahankan agamanya adalah jihad. Dan dia mahu itu.
“Takut? Innama zalikumus shaitonu yukhowwifu awliya’ahu. Fala
takhafuhum wakhafuni in kuntum mukminin! Aku hanya takut kepada Tuhan aku!
Dan bukan engkau!” Butiran ayat al-Quran dari surah al-Imran itu dilaungkan
Sayyid dengan kuat dan semangat. Suaranya bergema memenuhi ruang bilik seksaan
itu. Matanya masih tajam mencengkam anak mata Alfred. Dia mahu Alfred tahu yang
dia dan ahli kumpulanya yang lain hanya takut kepada Allah. Bukan mereka! Dia
juga mahu Alfred berasa gerun apabila mendengar kalimat-kalimat Allah itu.
Tiba-tiba Alfred kaget. Dia tidak mampu melarikan pandangan dari
mata Sayyid. Tangannya menggeletar secara tiba-tiba apabila mendengar ayat di
dalam bahasa asing yang keluar dari mulut Sayyid tadi. Terjatuh pisau yang tadi
berada di tangannya ke atas lantai yang berhabuk dan berdebu.
Mata Sayyid terus tajam mememandang anak mata Alfred yang dingin,
merobek keluar segala isi hatinya.
“Sekarang siapa yang gentar? Kau atau aku, Alfred?” Bibirnya terus
mengukir senyuman sinis.
Alfred yang kelihatan cemas itu terus membuang puntung rokoknya ke
lantai. Kakinya yang berspike boot memijak puntung rokok itu.
Dengan pantas dia berjalan meluru ke arah Sayyid dan menumbuk muka pemuda
Muslim itu bertalu-talu. Darah mula mengalir keluar kembali dari mulut dan
hidung Sayyid.
“Kau akan menyesal dengan keputusan kau!” Lantaklah apa nak jadi
selepas ni! Alfred sudah malas berdepan dengan Sayyid. Dia lebih rela berdepan
dengan Jeneral Bertram dari terus berasa gentar dengan pandangan sinis Sayyid
seperti tadi. Dia berjalan lalu dari situ menuju pintu keluar. Kemudian, dia
memberi isyarat kepada seorang tentera bermata sepet dan bertopi biru gelap yang
berada di situ sebelum keluar dari bilik gelap itu.
Tentera yang diberi isyarat tadi mengutip pisau Alfred di atas
lantai. Lalu, dia melangkah perlahan-lahan ke arah Sayyid yang masih dalam
keadaan terikat di kerusi. Anak matanya juga dingin, sejuk, gelap dan zulmat,
ciri-ciri sama seperti Alfred. Tetapi, ada sesuatu yang lain pada tentera ini.
Jelas tiada perasaan kemanusiaan dan psiko terbias pada riak muka dan
bahasa gerak badannya.
Sambil melangkah, matanya tertumpu pada muka Sayyid dan kemudian
pandangannya jatuh pada dada sebelah kiri pemuda itu. Dia tahu di situ letaknya
jantung pemuda itu. Dia tahu betapa dia akan bahagia jika dia dapat merobek
dada itu dan dapat menggenggam jantung pemuda itu dengan tangannya sendiri. Dia
sudah tidak sabar lagi!
Sampai di hadapan Sayyid, bibirnya menyeringai senyum. Psiko.
Sayyid terus sahaja melaungkan takbir. “Allahuakbar! Allahuakbar!
Allahuakbar!” Dia dapat rasa itu mungkin antara saat terakhir dia untuk
menghirup oksigen di atas muka bumi Allah ini. Dia tahu dia mesti bersabar
hingga ke akhirnya.
Tentera bername tag Enzo itu kemudiannya menusuk
pisau di dada kiri Sayyid sedalam mungkin. Lalu dia tarik mata pisau ke bawah
hingga membetuk luka torehan yang besar. Saiz yang dia fikir cukup untuk
melakukan kerjanya sekejap lagi. Dia terus tersenyum menyeringai seperti orang
gila.
Terasa sakit yang amat apabila tentera bermata sepet itu menusuk
bilah mata pisau ke dadanya. Sayyid boleh agak luka tusukan itu dalam. Dia juga
dapat rasa torehan mata pisau yang ditarik ke bawah. Cecair panas mengalir
deras ke bahagian bawah badannya. Dia tahu itu adalah darah. Dia sakit sehingga
tidak mampu berkata-kata lagi. Kakinya sudah kebas sejuk dan matanya sudah mula
berpinar-pinar. Tapi dia tahu dia mesti tetap bersabar. Sikit lagi cita-citanya
akan tercapai. Mulutnya tak henti terkumat-kamit menyebut “Allah…Allah…” dengan
segala kudrat badannya yang masih tinggal sehingga dia tidak lagi sedarkan diri
akibat pain shock. Mungkin saja saat itu sebenarnya dia sudahpun
dipanggil kembali kepada Penciptanya.
Enzo pula terus sibuk bermain darah. Dia mengoyak luka torehan di
dada Sayyid menggunakan kedua belah tangannya. Matanya yang tadi dingin
bertukar genre gembira dan gila. Dia
ketawa kecil apabila dia mula nampak gumpalan daging yang masih elok berdegup
di dalam dada tubuh kaku Sayyid itu. Tangan kanannya kini kemas menggenggam
gumpalan daging berdegup itu lalu dengan cepat dan kuat ia direntap keluar dari
tempatnya. Darah merah pekat membuak-buak meleleh keluar dari dada tubuh kaku
itu yang ternganga. Basah lantai yang berdebu di bawah kerusi dengan darah yang
semakin banyak membanjiri.
Untuk beberapa saat dia merenung gumpalan daging yang masih segar
dan panas dalam genggamannya sambil tersenyum menyeringai. Gigi taringnya yang
panjang jelas kelihatan. Kemudian, dia menjilat gumpalan daging itu. Dia juga
menjilat kedua-dua belah tangannya yang berlumuran darah. Matanya dipejam
seketika. Dia berasa puas. Lalu, dengan rakus dia terus menggigit gumpalan
daging yang berada di tangannya itu. Darah merah terpercik ke muka dan bajunya.
Dia tersenyum lagi.
Hari ini dia sudah dapat bonus yang dia sangat gemar. Hati seorang
manusia.
To be continued...