Wednesday, July 27, 2016

Penulisan- BAB 1

BAB 1 

DALAM keheningan malam di penghujung tanah rampasan Kerajaan Tentera Impius, berdekatan dengan sempadan antara kerajaan itu dan Kerajaan Liber, kelihatan bayangan bukit-bukau dan cahaya bintang-bintang terbias pada air tasik yang tenang. Angin sejuk yang bertiup lembut mencengkam kulit, hingga ke tulang. Kelihatan cahaya lampu yang samar-samar di hadapan tasik itu.

“Kita semakin dekat dengan Kem Tahanan Quadraginta, tuan.” Sayyid memberitahu Muazzam sambil menuding jari telunjuk ke arah cahaya yang samar-samar kelihatan itu.

Muazzam mengangguk. Dia sedang mengingat kembali strategi untuk menyusup masuk secara senyap ke dalam kem tahanan itu nanti.

Okay. Saya tahu kita semua sudahpun ada strategi untuk menyelinap masuk ke dalam kem itu, tetapi saya nak kita semua berhati-hati. Orang cakap, malang tak berbau. Jadi, watch your steps and surroundings carefully before you take any action. And most importantly, be fast!” Muazzam sebagai ketua trup mengingatkan ahli-ahli kumpulannya. Dia harap mereka semua dapat keluar dari kem itu dengan selamat selepas melaksanakan misi.

“Ingat, you will only have five minutes to complete all your tasks, termasuklah membebaskan 60 orang tahanan Kerajaan Liber di dalam bangunan itu.” Muazzam terus berkata-kata. Yang lain pula hanya mengangguk tanda faham.

Sekarang, apa yang mereka perlu buat tinggallah berdoa sebanyak mungkin dan bertawakal agar urusan mereka dipermudahkan.


SETELAH berjaya masuk ke dalam sebuah bangunan besar di dalam kem, kini pasukan Ammar sampai di sebuah lorong yang menempatkan bilik-bilik tahanan. Kelihatan seorang pengawal sedang duduk di situ membelakangi mereka sambil menghisap rokok. Di tangan dia tidak ada senjata. Ammar perasan senjata dia yang disandarkan pada dinding berdekatan.Sungguh dia tidak menjangkakan kedatangan mereka ketika ini.

Bunyi derapan boots menarik perhatian pengawal itu untuk berpaling. Tetapi, dia terlambat untuk mencapai senjatanya. Hulu bayonet milik Ahmet yang tadinya berada di belakang Ammar terlebih dahulu menikam dada sebelah kiri pengawal itu. Dia terus terjatuh kaku dengan darah yang membuak-buak keluar dari bekas tikaman di dadanya.

Pasukan Ammar terus bergerak ke hadapan membebaskan tawanan-tawanan di dalam bilik kurungan setelah gugusan kunci di atas meja di situ diambil. Tawanan-tawanan itu pula diiring keluar dengan selamat oleh pasukan-pasukan yang mengambil posisi di belakang mereka.

Sekarang hanya tinggal pintu bilik kurungan yang terakhir belum dibuka. Bilik itu lain dari yang lain kerana ia tertutup penuh tidak seperti bilik-bilik lain yang berpintu tiang-tiang besi.

Setelah berjaya membuka pintu bilik kurungan itu, mata Ammar membuntang.

Team, back off now! There’s a bomb in here! Move! Move! Move!” Ammar serta-merta mengarahkan pasukannya untuk berundur keluar.

Pasukan Ammar pun dengan cepat bergegas keluar setelah pasti tiada tawanan yang masih ada di situ.

Reporting! Ada bom di dalam sebuah bilik tahanan. Kita cuma ada satu minit setengah untuk evacuate kawasan ni!” Ammar melaporkan pada Markas Trup melalui alat pepijat yang tersangkut kemas di telinganya.

Ammar dan ahli pasukannya yang lain dengan cermat dan cepat pantas melangkah menuju jalan keluar. Ketika mereka sedang melewati kawasan stor, mereka tidak perasan ada sekumpulan tentera berbaju hijau pekat sedang memerhati mereka di sebalik kotak-kotak besar di situ.

Salah seorang dari mereka kemudian melepaskan dua das tembakan ke arah kumpulan Ammar.

“Argh!” Ammar yang berada paling belakang dalam kumpulannya jatuh tersungkur. Kaki dan bahu kirinya terkena tembakan itu.

Sayyid yang terdengar bunyi jeritan Sayyid itu berpaling ke belakang. Dia Nampak Ammar yang kini tertiarap di atas lantai. Bahu dan kakinya berdarah. Ammar berpaling ke hadapan kembali untuk memberitahu ahli pasukannya yang lain. Tetapi, mereka bergerak laju dan sudah jauh ke hadapan. Mungkin mereka tidak perasan bunyi jeritan Sayyid tadi. Ammar pun membuat keputusan berpatah balik untuk membantu Sayyid.

Setelah beberapa tapak dia berlari ke arah Ammar, seorang lelaki bebaju hijau pekat keluar dari balik kotak dan menembak terus ke kepala Ammar. Lariannya terhenti. Dia cuba untuk keluarkan pistol yang tersisip di pinggangnya. Tetapi, dia tidak berjaya.

Sayyid terasa kepalanya dihentak kuat oleh objek keras. Pistol di tangannya juga terpelanting jauh. Cecair panas terasa mengalir ke tengkuknya. Kemudian, dunia Sayyid menjadi gelap. Dia jatuh terjelepuk.


DUA MINIT telah berlalu. Masih tiada apa-apa yang berlaku. Tiada sebarang pergerakan dilaporkan dari pemerhatian sejak tadi. Keadaan sunyi sepi. Dahi Muazzam berkerut.

“Hassan, panggilkan Ammar. Saya mahu jumpa dia sekarang.” Arah Muazzam.

“Tuan, sebenarnya Ammar tidak berada dengan kami sejak keluar dari kawasan kem tadi. Sayyid pon sama.”

“Betul?” Muazzam mula rasa tidak sedap hati. Dia pandang lagi ke arah kem itu. Masih lagi sunyi. Yang kedengaran hanyalah bunyi-bunyi cengkerik.

Tiba-tiba radio semboyan di dalam khemahnya berbunyi. Seorang pegawai dari Trup 1 melaporkan yang mereka nampak pergerakan dari dalam perkarangan kem.

Muazzam dengan cepat mencapai binocularnya di atas meja dan memerhati ke arah tempat yang disebut. Dia nampak lebih kurang sepuluh orang lelaki berbaju uniform hijau dan lengkap bersenjata keluar dari bangunan tempat mereka masuk tadi. Ada di antara mereka yang sedang sedang sambil mengheret dua lelaki berbaju combat hitam yang berada dalam keadaan tidak sedarkan diri. Itu adalah Ammar dan Sayyid!

Seketika kemudian, sebuah helicopter dating berlegar dan mendarat di perkarangan kem itu. Lelaki tadi masuk ke dalam perut helikopter bersama Sayyid. Jasad Ammar terkulai ditinggalkan di situ.

“Tuan, adakah kita perlu buat sesuatu?” Radio semboyan berbunyi lagi.

Dahi Muazzam berkerut.

“Rasanya tidak. Kita tidak mempunyai senjata yang sesuai untuk musnahkan sebuah helikopter sekarang. Dan jarak kita terlalu jauh.” Muazzam berkira-kira. Dia tidak mahu usaha mereka menjadi sia-sia. Mereka perlukan strategi yang baik sebelum memulakan apa-apa operasi serangan.

“Baik, tuan.” Suara di radio semboyan menjawab.

Muazzam berjalan ke kerusi tempat duduknya. Dia memicit dahinya yang tidak sakit. Otaknya ligat berfikir. Ternyata bom itu hanyalah satu perangkap untuk mereka. Tetapi, bagaimana pula pihak musuh boleh tahu tentang operasi mereka pada malam ini? Dahi Muzzam berkerut lagi.
Ini adalah rahsia sulit kerajaan dan hanya beberapa orang saja yang tahu. Sekarang dia risau kalau tentera al-Hadid kini berdepan dengan musuh dalam selimut.


“Di mana base kumpulan kau?!” Bentak seorang lelaki beruniform hijau pekat. Di kedua belah bahunya tersemat kemas apulet berbintang satu. Matanya tajam memandang pemuda yang duduk terikat di atas kerusi di hadapannya. Tampak jelas kedua anak matanya tidak bercahaya, mencerminkan hatinya yang keras, dingin dan zulmat.

“Aku tak tahu di mana mereka.” Pemuda di atas kerusi itu menjawab. Wajahnya beraut tenang. Bekas darah mengalir kelihatan di muka dan celahan giginya. Sebelah matanya juga membengkak biru kerana lebam.

“Kau bohong, Sayyid.” Alfred yang tadinya kelihatan membelek fail kuning di tangannya terus melemparkan fail tersebut muka Sayyid. Terasa sakit dilempar fail, mukanya berkerut. Dia ketap gigi menahan sakit. Sakit fizikal dan sakit hati.

“Aku tahu kau tahu di mana lokasi rahsia kumpulan kau. Dan aku nak kau bagitahu aku. Sekarang!” Wajah Alfred masih tidak berperasaan. Matanya yang heterochromia kelabu-biru itu masih juga dingin dan beku. Dia merentap rambut Sayyid ke atas untuk dia melihat mukanya yang lebam-lebam itu. Dia berasa geram kerana Sayyid masih lagi tegar menyimpan rahsia walau sudah dibelasah hampir seharian oleh orang-orangnya.

“Baik, sekarang aku ada tawaran special untuk kau. Kau bagitahu aku lokasi kumpulan kau, dan aku akan lepaskan kau. Kau akan bebas dari tahanan dan seksaan tentera aku.
Kemudian, Alfred menolak kepala Sayyid ke bawah kembali.

“Atau kau boleh memilih untuk terus berada di bawah naungan aku. Kau tak perlu balik ke dalam kumpulan kau. Kami akan hadiahkan kau dengan memewahan. Tidak ada lagi istilah miskin untuk kau dan keluarga kau.”

Alfred melangkah dua tapak ke belakang. Dia mengambil sesuatu di dalam poket tepi sebelah kanan seluar hijau pekatnya. Sebatang rokok dikeluarkan dari kotaknya dan disisipkan ke dalam mulut. Sebelah lagi tangannya pula sibuk menggagau sesuatu di dalam poket tepi sebelah kiri. Sebuah lighter berbentuk segi empat dikeluarkan. Kelihatan bentuk ukiran dua ekor naga keemasan bermata merah saga berekor empat di badan lighter itu. Api dinyalakan dan dicucuh pada rokok.

“Tawaran kau kedengaran manis.” Sayyid bersuara. Mulutnya terasa pedih apabila bergerak kerana luka, lebam dan bengkak. Tapi, air mukanya masih lagi tenang.

Mana ada manusia normal yang akan menolak tawaran kesenangan dan kemewahan? Dia fikir kali ini mungkin rancangan dia akan berjaya. Kumpulan elit tentera mujahidin Islam itu bakal dia lenyapkan dari muka bumi ini esok! Bibir kering Alfred membentuk sedikit senyuman menang dan sinis.

“Malangnya tawaran kau tidak manis untuk aku.” Muka Sayyid serius.

Dia menggagahkan diri untuk mendongak dan mencari muka Alfred.

“Aku bukan seorang pembelot negara. Dan aku juga bukan seorang pembelot agama. Kau tersalah orang, Alfred.” Sayyid tersenyum. Mencemuh Alfred yang cuba melayurkan dia dengan ‘kebebasan’ untuk ditukar ganti dengan rahsia sulit tentera mujahidin.

Wajah Alfred tetap dingin. Dia mengubah pandangan menghadap ke dinding kelabu.

“Kau yakin dengan keputusan kau?” Alfred bertanya sambil kepala dipusingkan ke belakang. Matanya tajam menangkap mata Sayyid.

“Aku sangat yakin. Dan aku takkan berpaling dari keputusan aku.” Sayyid diam sebentar untuk menarik nafas. “Walaupun aku terpaksa mati demi Tuhan dan kedaulatan agama aku.” Sayyid berkata sambil membalas pandangan mata Alfred. Pandangannya tajam mencengkam menyuntik sedikit kegusaran pada hati Alfred.

“Hahaha! Ternyata rumours yang mengatakan tentera mujahidin Muslim sangat degil dan keras kepala itu betul!” Alfred ketawa.

“Aku kagum dengan kedegilan kau. Tapi malangnya, kedegilan kau tak membantu aku dan tak juga membantu diri kau sendiri. Aku mahukan jawapan. Aku mahu tahu di mana lokasi kumpulan kau!” Dia bertegas kerana dia sedar jika rancangannya ini tidak berjaya, dia bakal dibelasah lagi oleh Jeneral Bertram. Dia serik sebenarnya bila memikirkan nasibnya jika dia gagal dalam misi kali ini.
Alfred berjalan merapati Sayyid. Tangan kirinya yang berjari empat menunjal dahi pemuda itu. Dia menundukkan muka merapati muka Sayyid.

“Tak takutkan kau untuk mati, kawan?” Dia berbisik di telinga Sayyid dengan tujuan cemuhan dan sindiran. Tangannya pula sibuk melayang-layangkan sebilah mata pisau di pipi Sayyid.

Sayyid berusaha untuk menangkis perasaan takut dan gentar. Kemudian, dia tersenyum. Dia tidak perlu gentar dan takut. Dia tahu mati mempertahankan agamanya adalah jihad. Dan dia mahu itu.

“Takut? Innama zalikumus shaitonu yukhowwifu awliya’ahu. Fala takhafuhum wakhafuni in kuntum mukminin! Aku hanya takut kepada Tuhan aku! Dan bukan engkau!” Butiran ayat al-Quran dari surah al-Imran itu dilaungkan Sayyid dengan kuat dan semangat. Suaranya bergema memenuhi ruang bilik seksaan itu. Matanya masih tajam mencengkam anak mata Alfred. Dia mahu Alfred tahu yang dia dan ahli kumpulanya yang lain hanya takut kepada Allah. Bukan mereka! Dia juga mahu Alfred berasa gerun apabila mendengar kalimat-kalimat Allah itu.

Tiba-tiba Alfred kaget. Dia tidak mampu melarikan pandangan dari mata Sayyid. Tangannya menggeletar secara tiba-tiba apabila mendengar ayat di dalam bahasa asing yang keluar dari mulut Sayyid tadi. Terjatuh pisau yang tadi berada di tangannya ke atas lantai yang berhabuk dan berdebu.

Mata Sayyid terus tajam mememandang anak mata Alfred yang dingin, merobek keluar segala isi hatinya.

“Sekarang siapa yang gentar? Kau atau aku, Alfred?” Bibirnya terus mengukir senyuman sinis.

Alfred yang kelihatan cemas itu terus membuang puntung rokoknya ke lantai. Kakinya yang berspike boot memijak puntung rokok itu. Dengan pantas dia berjalan meluru ke arah Sayyid dan menumbuk muka pemuda Muslim itu bertalu-talu. Darah mula mengalir keluar kembali dari mulut dan hidung Sayyid.

“Kau akan menyesal dengan keputusan kau!” Lantaklah apa nak jadi selepas ni! Alfred sudah malas berdepan dengan Sayyid. Dia lebih rela berdepan dengan Jeneral Bertram dari terus berasa gentar dengan pandangan sinis Sayyid seperti tadi. Dia berjalan lalu dari situ menuju pintu keluar. Kemudian, dia memberi isyarat kepada seorang tentera bermata sepet dan bertopi biru gelap yang berada di situ sebelum keluar dari bilik gelap itu.

Tentera yang diberi isyarat tadi mengutip pisau Alfred di atas lantai. Lalu, dia melangkah perlahan-lahan ke arah Sayyid yang masih dalam keadaan terikat di kerusi. Anak matanya juga dingin, sejuk, gelap dan zulmat, ciri-ciri sama seperti Alfred. Tetapi, ada sesuatu yang lain pada tentera ini. Jelas tiada perasaan kemanusiaan dan psiko terbias pada riak muka dan bahasa gerak badannya.

Sambil melangkah, matanya tertumpu pada muka Sayyid dan kemudian pandangannya jatuh pada dada sebelah kiri pemuda itu. Dia tahu di situ letaknya jantung pemuda itu. Dia tahu betapa dia akan bahagia jika dia dapat merobek dada itu dan dapat menggenggam jantung pemuda itu dengan tangannya sendiri. Dia sudah tidak sabar lagi!

Sampai di hadapan Sayyid, bibirnya menyeringai senyum. Psiko.
Sayyid terus sahaja melaungkan takbir. “Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!” Dia dapat rasa itu mungkin antara saat terakhir dia untuk menghirup oksigen di atas muka bumi Allah ini. Dia tahu dia mesti bersabar hingga ke akhirnya.

Tentera bername tag Enzo itu kemudiannya menusuk pisau di dada kiri Sayyid sedalam mungkin. Lalu dia tarik mata pisau ke bawah hingga membetuk luka torehan yang besar. Saiz yang dia fikir cukup untuk melakukan kerjanya sekejap lagi. Dia terus tersenyum menyeringai seperti orang gila.

Terasa sakit yang amat apabila tentera bermata sepet itu menusuk bilah mata pisau ke dadanya. Sayyid boleh agak luka tusukan itu dalam. Dia juga dapat rasa torehan mata pisau yang ditarik ke bawah. Cecair panas mengalir deras ke bahagian bawah badannya. Dia tahu itu adalah darah. Dia sakit sehingga tidak mampu berkata-kata lagi. Kakinya sudah kebas sejuk dan matanya sudah mula berpinar-pinar. Tapi dia tahu dia mesti tetap bersabar. Sikit lagi cita-citanya akan tercapai. Mulutnya tak henti terkumat-kamit menyebut “Allah…Allah…” dengan segala kudrat badannya yang masih tinggal sehingga dia tidak lagi sedarkan diri akibat pain shock. Mungkin saja saat itu sebenarnya dia sudahpun dipanggil kembali kepada Penciptanya.

Enzo pula terus sibuk bermain darah. Dia mengoyak luka torehan di dada Sayyid menggunakan kedua belah tangannya. Matanya yang tadi dingin bertukar genre gembira dan gila.  Dia ketawa kecil apabila dia mula nampak gumpalan daging yang masih elok berdegup di dalam dada tubuh kaku Sayyid itu. Tangan kanannya kini kemas menggenggam gumpalan daging berdegup itu lalu dengan cepat dan kuat ia direntap keluar dari tempatnya. Darah merah pekat membuak-buak meleleh keluar dari dada tubuh kaku itu yang ternganga. Basah lantai yang berdebu di bawah kerusi dengan darah yang semakin banyak membanjiri.

Untuk beberapa saat dia merenung gumpalan daging yang masih segar dan panas dalam genggamannya sambil tersenyum menyeringai. Gigi taringnya yang panjang jelas kelihatan. Kemudian, dia menjilat gumpalan daging itu. Dia juga menjilat kedua-dua belah tangannya yang berlumuran darah. Matanya dipejam seketika. Dia berasa puas. Lalu, dengan rakus dia terus menggigit gumpalan daging yang berada di tangannya itu. Darah merah terpercik ke muka dan bajunya. Dia tersenyum lagi.


Hari ini dia sudah dapat bonus yang dia sangat gemar. Hati seorang manusia.

To be continued...

No comments:

Post a Comment